Tapak pembuangan sampah Nam Son, ialah tapk pembuangan sampah terbesar di Hanoi Vietnam. Ianya mula dibuka pada tahun 1999 dan menjadi tempat 800 orang pengutip barang lusuh mencari rezeki yang halal. Setiap hari 6000 tan sampah dibuang di Nam Son dan 10 tan daripadanya dapat dikitar semula selepas dikutip oleh pengutip barang lusuh. Pengutip ini mula bekerja pada jam 3 pagi kerana ianya masa paling selamat kerana
ketiadaan lori yang mungkin melanggar mereka. Barang lusuh yang boleh dikitar semula kemudian dijual kepada peraih yang terletak di dalam Nam Son. Secara purata seorang pengutip barang lusuh boleh mendapat bayaran di antara 80,000 dan 100,000 Dong (RM 12 - 14 ) sehari. Sungguh tabah! Respek
Laporan asal Yahoo
No comments:
Post a Comment
PERINGATAN: Green Life tidak bertanggungjawab terhadap comment pelawat berunsur lucah, politik mahupun perkauman yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik comment dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Green Life. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik comment sendiri.