Ibnu Mardawih RA telah mengeluarkan daripada Ibnu Abbas R.A katanya: Rasullullah SAW telah mengerjakan Haji Perpisahan. Baginda membuat halaqah dihadapan pintu Kaabah,
Baginda bersabda: “Wahai Manusia! Mahukah kamu beritahu alamat Qiamat?”, Maka bangunlah Salman R.A sambil berkata: Sila beritahu kami, ayah dan emak saya menebus(membela) diri Tuan.
Baginda bersabda: Setengah daripada alamat Qiamat itu adalah:
- 1. Mencuaikan Sembahyang.
- 2. Dan menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat).
- 3. Dan memuliakan hartawan.
Salman R.A bertanya: Apakah berlaku perkara ini?
Baginda menjawab: Ya demi Allah SWT yang mana diriku ditanganNya
Ketika itu wahai Salman R.A:
- 4. Dan memuliakan hartawan.
- 5. Dan Hasil kekayaan yang diambil daripada peninggalan orang kafir atau sebagainya menjadi rebutan.
- 6. Dan dipercayai kata-kata pembohong.
- 7. Dan didustakan (ditolak) kata-kata orang benar
- 8. Dan memberi amanah kepada orang yang khianat.
- 9. Dan dikhianatkan orang yang amanah.
- 10. Dan bercakap dikhalayak ramai oleh orang yang tidak sepatutnya bercakap.
- 11. Dan ditolak akan kebenaran Al-Quran dan Sunnah oleh 9 dari 10 mereka.
- 12. Dan lenyaplah Islam, hanya tinggal namanya sahaja.
- 13. Dan Al-Quran diabaikan kehendak dan tuntutannya, Hanya tinggal tulisannya sahaja.
- 14. Dan dihiaskan Al-Quran dengan tinta Emas
- 15. Dan kaum lelaki menjadi gemuk(lemak).
- 16. Dan pendapat kaum wanita dipatuhi didalam mesyuarat.
- 17. Dan anak-anak muda(remaja) membaca khutbah diatas mimbar.
- 18. Dan akan berkhutbah oleh kaum wanita.
- 19. Dan ketika itu dihiaskan masjid sepertimana dihiaskan gereja Kristian dan Kuil Yahudi.
- 20. Dan ditinggikan binaan menara masjid.
- 21. Dan akan ramai orang yang mengunjungi masjid tetapi hati mereka saling benci membenci.
- 22. Dan mereka bertengkar/bertikam lidah didalam masjid.
- 23. Dan mereka berkumpul untuk hawa’.
Salman R.A lagi: Apakah perkara ini akan berlaku demikian itu, wahai Rasulullah SAW?
Baginda menjawab: Ya demi Allah SAW yang mana diriku ditanganNya:
- 24. Ketika itu keadaan orang mukmin lebih hina daripada hamba sahaya perempuan. Hancur hatinya bagai hancurnya garam dalam air kerana
terlalu sedih melihat amalan mungkar yang berlaku yang tidak berdaya disekat dan diubahmya. - 25. Dan kaum lelaki didalam memuaskan nafsunya pada kaum sejenis (Amalan kaum Lut) manakala kaum wanita juga pada kaum sejenisnya.
- 26. Dan dicemburui kepada remaja comel bagaimana dicemburui anak dara.
- 27. Ketika itu wahai Salman, Pemerintah terdiri dari golongan fasik.
- 28. Dan manakala menterinya pula dari golongan yang jahat.
- 29. Dan Pemegang amanah pula dari golongan pengkhianat, Mereka mencuaikan sembahyang dan menurut hawa nafsu. Sekiranya kamu berada dizaman itu, maka kerjakan sembahyang ketika masuk waktunya.
- 30. Ketika itu Salman! Datanglah tentera-tentera upahan dari timur dan barat, Tingkah laku mereka seperti maanusia manakala hati mereka seperti syaitan(sentiasa merancang kejahatan), Mereka tidak kasihan belas kepada golongan muda dan tidak menghormati golongan tua, Ketika itu wahai Salman R.A!, Ramai orang berkunjung ke Baitullah kerana mengerjakan Haji.
- 31. Raja dan Pemerintah berkunjung ke Baitullah untuk berseronok dan makan angin/melancung.
- 32. Dan manakala golongan kaya dan korporat pergi ke Baitullah kerana urusan perniagaan.
- 33. Dan disamping itu golongan miskin pula kerana memohon derma dan sedekah
- 34. Dan manakala golongan Ulama’ dan Qori mencari nama dan kemegahan.
Bertanya Salman dengan perasaan hairan: Apakah berlaku perkara seperti itu?,
Baginda menjawab: Ya demi Allah SWT yang mana nyawaku ditanganNya. Ketika itu wahai Salman RA:
- 35. Dusta dan pembohongan menjadi perkara lumrah dan tersebar dengan meluas.
- 36. Dan akan muncul bintang berekor.
- 37. Kaum wanita giat membantu suami mereka dalam perniagaan.
- 38. Pasar dan kedai berdekatan
Salman RA bertanya: Apakah dimaksudkan dengan berdekatan?
Baginda menjawab: Merosot perniagaan dan kurang keuntungan, Ketika itu wahai Salman RA!, Allah akan membangkitkan ular kuning yang akan menyambar kepala Ulama’-ulama’ yang melihat amalan-amalan mungkar dilakukan tetapi tidak emnghalangnya dan mengubahnya.
Bertanya Salman RA dengan perasaan hairan: Apakah berlaku perkara yang sedemikian?
Baginda menjawab: Ya demi Allah SWT yang membangkitkan Muhammad yang dengan Agama yang benar.
Tafsir Al-Dhuree Manthur(Al-Iman Al-Syayuthi RA)
No comments:
Post a Comment
PERINGATAN: Green Life tidak bertanggungjawab terhadap comment pelawat berunsur lucah, politik mahupun perkauman yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik comment dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Green Life. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik comment sendiri.