Friday, 23 March 2012

Mimpi Realiti..Realiti Mimpi..

 Assalamualaikum...



Dulu masa kecik - kecik ,.aku selalu disogokkan dengan dongengan mat jenin..sapa yang tak kenal dengan mat jenin..??
Mat jenin ni sebuah dongengan melayu pasal seorang seorang lelaki yang suka berangan - angan..kerjanya setiap hari adalah duduk di mana - mana sambil berangan satu hari nanti ape yang diangan - angankan itu akan jadi realiti..





Oh Mat Jenin..


Maka aku pon dengar nasihat jangan jadi mat jenin yang suka berangan - angan..Jadi seorang yang realistik..,kejar benda yang dah ada di depan mata.. Hasilnya aku menjadi seorang yang berpemikiran bahawa siapa yang suka berangan ni adalah orang yang malas..Yang nanti tak kemana..

Sampai satu hari aku belajar topik sejarah yang sekarang ni ada orang cakap sejarah tu tak betol..,,Okeh..,aku tak tau betol ke tak teori professor yang arif tersebut..Yang aku tau masa form 4 ads belajar topik renaissance..Dimana Eropah bangkit dari kegelapan.,,
Masa tu aku tertarik dengan dua nama,.,Michaelangelo dan Leonardo Da vincci (tak tau la betol ke tak ejaan tu)...


Michaelangelo 



Leonarda Da Vincci


Dalam satu buku leonardo yang telah  aku dengar dari orang,.,dia cakap pentingnya manusia bermimpi..Sebab mimpi tu satu impian..,Impian itu yang membentuk kemahuan..,Kemahuan akan membentuk kepada keinginan.. Dan kainginan yang akan mendorong manusia untuk bertindak bagi mencapai apa yang dicita - citakan..

Jadi dekat sini aku dah tersilap tafsir...Aku tersilap tafsir terhadap mereka yang suka bermimpi dan berkhayal...,Kalau difikirkan balik,.,semua para saintis dan pereka adalah golongan yang bermimpi...Termasuk berangan..



Bermimpi masa depan..


Wright bersaudara mengimpikan satu hari nanti manusia boleh terbang,,.Orang ramai gelak,.,,Mereka kata mana mungkin manusia akan terbang.,,Lumrah manusia di darat,.,Nak ke manusia menjadi burung yang bersayap..?..,tapi mana ada manusia bersayap....
Wright bersaudara tak peduli,..Pada mereka,.mimpi mereka,,angan - angan mereka harus dicapai..,Lantas terciptanya asa kepada pesawat yang gah merentasi dunia ,angkutan manusia sana sini..dan keluar dari atmosfera bumi ke bintang galaksi..




Itu namanya mimpi kan..? Mimpi menjadikan seseorang itu lebih kreatif.. aku rasa patot ada dasar kurikulum rangka subjek pemikiran dan falsafah...Sistem kita yang sedia ada sekarang ini menjadikan kita takut untuk berfikir ..Kita lantas hanya berpandukan kepada apa yang telah wujud di depan mata..Cuma menambah baik,kalau dulu kereta pakai petrol,,sekarang jadi hibrid..Macam tu je..

Dan akhirnya bila kita malas berfikir kita akan jadi malas..Otak kita tak dijana ke arah penggunaan yang optimum..
Kita akhirnya duduk dan belajar sahaja apa yang telah sedia ada di depan..Umpama robot ,hanya menunggu untuk diprogramkan..




Oleh itu aku rasa ,mulai hari ini tak salah rasanya untuk kita semua bermimpi.. Tapi akhirnya aku sedar,,bukan bermimpi seperti mat jenin..
Hanya bermimpi tampa ada apa2 usaha..Tapi bermimpilah seperti mereka yang pernah bermimpi satu hari nanti manusia boleh pakai mentol, kereta, terbang ke awan dan menjelajah dunia..



Hari ini aku akan terus bermimpi...Impian aku banyak...kalau nak listkan memang panjang....
tapi yang aku tak nak jadi hanya pemimpi...
Aku nak seorang yang berimoian tinggi...chehh...Satu tekad..!!


p/s : Jangan lupa bermimpi..

Asalammualaikum..

No comments:

Post a Comment

PERINGATAN: Green Life tidak bertanggungjawab terhadap comment pelawat berunsur lucah, politik mahupun perkauman yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik comment dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Green Life. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik comment sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...